DrEam High
bosan..here i share my story..as a novel..
Monday, 19 December 2011
31 hari
Lambat..lambat..itu yang sedang bermain di dalam fikiran Erfan buat masa sekarang..dalam tengah serabut itu ada juga terselit wajah bengis pensyarahnya.
"habislah aku...matilah aku..tak guna kau umar.."ngomel Erfan dalam diam.Rakan serumahnya itu bukannya mahu kejutkan dia!Boleh lagi tinggalkan nota 'lain kali set jam tu'.
Jam di dinding dipandang sekilas.8.30 pagi..lambat lagi ke kuliah nampaknya.Kunci motor dicapai lalu bergegas keluar rumah.
"PECUT!!!!!!" Dan kalian akan dengar exos motorsikal skuter itu mengeluarkan bunyi seperti bunyi harimau sakit tekak.
~
"apa nak jadi dengan kamu ni?lambat lagi?!"Mata Encik Rozi tepat memandang anak mata Erfan.macam mahu makan aje. Setelah mengumpulkan segala kekuatan didalam diri,Erfan memulakan acara mempertahankan diri.
"sa..saya minta maaf Tuan..lambat bangun.."
"kenapa kamu lambat bangun?!" sergah Encik Rozi.Lemah jantung dibuatnya.
"saya..si..siapkan asignment Tuan.."
"alasan!dengar sini saya dapat tahu kamu lambat lagi..memang kamu mencari shinigami!"ujar Encik Rozi dengan tegas.
"er..Tuan tengok death note gak ke?"
"senyap!duduk di tempat kamu Erman!"jerit Encik Rozi.
Memang tak sah kalau sehari tak jerit dan itulah pensyarah paling digeruni di Kolej Iskandar nih..lagi satu kesilapan yang selalu dilakukannya ialah,dia selalu memanggil Erfan dengan nama Erman.
"Tuan..nama saya Erfan..Erman tu kembar saya.."bisik Erfan.
Dan sudah berjuta kali diingatkan oleh Erfan tentang namanya namun bagai mencurah air ke daun keladi.Encik Rozi itu memang keras kepala.Memarahi Erfan sudah menjadi rutin hariannya.
Kisah si Erman pula,dia tinggal dengan keluarga angkat dia.Lupa nak beritahu..Erfan dan Erman adalah anak yatim piatu.Mereka tinggal dekat rumah anak-anak yatim.Erman bertuah sebab ada keluarga kaya ambil dia jadi anak angkat..kesian Erfan..sebagai abang,dia sangat sayangkan Erman tapi demi kebahagiaan Erman,dia rela.
Kelebihan Erfan ni, dia tersangat hensem dan genius.Walaupun agak nakal,dia sebenarnya sangat baik.Dia sanggup pilih kolej yang sama dengan Erman untuk selalu bersama dia walaupun banyak tawaran keluar negara untuknya.Dia tak pernah bangga dengan wajah sempurna dia tu buktinya sampai sekarang dia tidak berpunya malah dia selalu pakai topeng pelik.Orang lain tak peduli kerana mereka kenal dengan sifat gila-gila Erfan ni.Semua tentang dia memang pelik dan unik.
"Erfan..okey?" soal Erman sebaik sahaja abangnya itu duduk di sebelahnya.
"jangan risau.dah biasa.."bisik Erfan lalu kembali menumpukan perhatian pada kelas.Erman tersenyum lega.Kadang-kala dia sangat kasihankan abangnya itu.
~
"UMAR!!!!"Erfan berlari sekuat hati kearah kawan baiknya itu.pak! belakang Umar ditepuk kuat.
"aduh..Fan..ko nak bunuh aku ke?"soal Umar sambil tersengih. Erfan ketawa kecil.
"hei..jahat betul orang itu..kenapa tak kejut aku?kene bebel lagi dengan singa kolej!"soal Erfan pura-pura merajuk.Umar ketawa.
"bukan itu rutin ke..ceh..ade hati nak merajuk..blah la.."
"aku merajuk betul-betul karang.."ugut Erfan.
"yelah..Fan..bukak le topeng tu dulu..macam mane aku nak pujuk ultromen ha?"usik Umar.Topeng ultromen yang dipakai segere dibuka.Erfan tersengih.
"ha..sekarang pujuk.."
"satu je cara nak pujuk bff aku ni..jom hot chocolate or candy house?aku belanja.."bahu Erfan ditarik.Erfan tersengih.
"candy house pastu hot chocolate.."
"banyak cantik!"
"merajuk...."
"okeylah.."Erfan bersorak riang.Umar ketawa.Ada-ada saje si Erfan ni.
Satu lagi minat si Erfan ni..dia suka sangat benda yang manis..satu hari saja dia boleh habiskan tiga peket gula gula fruit plus tapi tak gemuk gemuk pun..orang pun menggelarkan dia hantu gula-gula.
~
"Fan..lepas graduate ko nak buat apa?"soal Umar tiba-tiba.Chocolate house ketika itu tidak ramai yang berkunjung.Erfan memandang Umar.
"hm..aku nak pastikan Erman kawin dulu pastu baru aku fikir nak buat apa..hmm..lagi satu aku nak nak sangat gi australia.."jawab Erfan sambil menguyah gula-gula yang dibelinya tadi.
"eh??kau tak nak kawin ke?"soal Umar hairan.
"hm..sape nak kat aku..aku bukan kaya pun.."ujar Erfan sambil lewa.Umar menggeleng.
"kau nilah..mestilah ada orang akan jatuh hati kat kau walaupun kau tak kaya..muka kau tu macam brad pit tau tak!"ujar Umar.Erfan ketawa kecil.
"banyaklah kau macam brad pit..dah tualah..aku muda lagi..ade tak ala-ala..nick jonas ke..taylor lautner..ke..nicholas teh-o ke.."ujar Erfan sambil tersengih.
"melebih pulak mamat ni..nak rasa backhand aku?cacat muka kau tu.baru nak menyesal sebab memang tak de betina nak kat kau!"Umar berkata dengan nada geram.
"jangan risau..aku yakin suatu hari nanti aku akan jumpa bidadari aku tu.."bisik Erfan.
"kat mane?"
"syurga.."
Umar mengeluh.Susah nak bercakap pasal jodoh dengan Erfan..last-last sampai ke syurga juga.
"hmm..whateverlah Erfan..majlis hari lahir kolej ko datang tak?"soal Umar walaupun dia sudah mengagak jawapannya.
"em..no...hihi..aku sibuklah.."
"sibuk melayan sinetron kau tu..."
Erfan tersengih.Umar menggeleng.Entah kenapa dia rasa sayu melihat wajah Erfan hari itu.Kenapa ya?
~
"betul kau tak nak pergi..?"soal Adli rakan serumahnya.Erfan geleng. "korang pergi jelah..aku ok kat rumah.."balas Erfan sambil tersenyum.
"ok..jangan nangis plak nanti..aku beli banyak chocolate tu..makan banyak-banyak."pesan Umar.Erfan ketawa. "i'm not a kid okay..bye..assalamualaikum.."Erfan melambai. Umar membalas lambaian itu lalu berlalu keluar bersama Adli.
Erfan mencapai remote tv. Rancangan kegemarannya sudah mula ditayangkan.Asalnya dia tak suka sangat cerita sinetron namun ketika di rumah anak yatim dulu,Erman selalu memaksanya untuk menemaninya menonton sinetron di bilik tv secara curi-curi.Lama-lama dia pun sudah biasa.Okeylah asalkan adiknya yang satu itu gembira.
"O...o..love you at once.."telifon bimbit Erfan berbunyi.
"sape pulak call ni..kacau je..'telifon itu dicapai lalu ditekan butang receive. "hello..?"
"abang!em..Erfan..tolong man.."suara Erman kedengaran dicorong telifon. "Erman? kenapa?apa dah jadi?kamu okey ke?"soal Erfan cuak tambah bimbang.
"janganlah cuak sangat..Erman cuma nak mintak tolong..tolong hantar..Erman ke majlis kolej malam ni..boleh?abang dah pergi belum?"soal Erman.Erfan rasa bersalah..kasihan adiknya.Pasti ibubapa angkatnya sibuk lagi.
"ok..abang pun tak pergi lagi..tunggu abang ye..nanti abang sampai sana.."ujar Erfan. "thanks Erfan..bye.."talian diputuskan.Apa lagi? Kelam kabut Erfan bersiap hanya untuk adik kesayangannya itu.
~
"ok..dah sampai..."Erfan menghentikan motorsikalnya ditempat parking kolej. "Man masuk dulu..abang..ada hal..balik nanti..Erman balik dengan sape?"soal Erfan.
"Man balik dengan khairul..abang tak nak masuk?"soal Erman hairan.Gaya macam tak nak masuk je. "Erman masuklah dulu..nanti abang masuk..ok..jumpa nanti"Erfan melambai sambil menanti Erman masuk kedalam dewan.
"okey..thanks abang..."Erman segera berlalu kedewan kolej.
Erfan menghela nafas.Bolehlah dia balik dan rehat..
"eh..apa ni?"baru dia perasan dia terduduk atas sesuatu. "eh..ini..kad pelajar..haiya..budak tu..boleh pulak tertinggal kat sini.."terpaksalah dia mengejar adiknya itu.Tanpa membuka topi keledarnya,Erfan segera berlari kearah banggunan kolej.
Baru sahaja ingin menolak pintu masuk,pintu masuk itu terbuka secara mengejut menyebabkan hentakan kuat dikepala Erfan.Oleh sebab dia memakai topi keledar yang lagi berat,dia terjatuh kebelakang lalu masuk kedalam semak.Kad pelajar ditangannya terlepas.
Benda terakhir yang didengarnya ialah bunyi tapak kaki orang berlari selepas itu dia lansung tak ingat apa apa.
~
Erfan membuka matanya perlahan-lahan."cerahnya.." bisik hati kecilnya.Cahaya yang teramat terang menusuki matanya.
"aku...kat mana.."matanya digosok perlahan.Erfan cuba untuk menggerakkan badannya namun kepalanya terasa sakit dan pening.Tangannya meraba-raba lantai mencari sesuatu untuk dipegang.
"ape ni..bulu..ke..?"Erfan menggagahkan diri untuk membuka matanya.Benda pertama yang dilihatnya ialah seekor kucing.
"AAAAA" secara automatik badan Erfan bergerak bangun. "a..aku kat mana?" dipandang sekeliling.Semak..pokok..
"apa yang berlaku semalam?"Erfan segera membebaskan diri daripada semak itu.Dia berada dihadapan kolej.Jam ditangan direnung.Sudah jam 10.00 pagi..mana semua student?
"baik aku telifon Umar..."kocek seluar diselongkar. "eh..mane pulak phone aku nih?time nilah dia nak hilang..jap...motor aku.."Erfan berlari-lari anak kearah tempat parking kenderaan kolejnya.masih ada...
"baik aku balik.."Enjin motor skuternya dihidupkan.Hari ni agak pelik untuknya.Macam mana dia boleh sesat ada dekat semak depan kolej sekolah..dengan baju formal pulak tu.
"hish..mushkil..mushkil."
~
"assalamualaikum..."pintu hadapan dibuka."aik?tak kunci? nak mati ke deme nih.."Erfan berjalan masuk ke biliknya.
"ya Allah! apa korang buat ni?"soal Erfan.Umar dan Adli sedang makan meggi diatas katilnya.
Umar dan Adli pula memandangnya dengan muka tidak percaya. "Fan..kau ke tu?"soal Adli.Erfan
bersambung......
Subscribe to:
Comments (Atom)